Alhamdulillah...setelah sekian lama tertangguh, akhirnya SRS kembali semula beroperasi di Desa ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak. moleklah sekiranya saya mewakili semua jawatan kuasa KRT Wang Tok Rendong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk, penduduk kampung, KRT Daerah langkawi dan pihak-pihak berkuasa daerah kerana menyokong penuh usaha murni ini.
Program SRS telah dengan rasminya mula beroperasi pada 23 Mei 2010 bermula jam 11.00 malam sehingga 6.00 pagi. Pada peringkat awal ini, setiap sesi di anggotai seramai tujuh orang ahli SRS termasuk lelaki dan wanita.
Ternyata memang di luar jangkaan apabila program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap warga desa WTR termasuklah anak-anak muda dan juga remaja sekolah. Namun seperti yang di syaratkan, remaja sekolah di bawah umur 18 tahun tidak di benarkan menganggotai SRS. Namun semangat mereka ini benar-benar mencetus fenomena yang luar biasa.
Insyaallah, kita semua mendoakan agar program ini akan berjalan dengan lancar dan terus mendapat sokongan semua pihak.
No comments:
Post a Comment