Saturday, May 8, 2010

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia

Semalam 8 Mei 2010, pihak KRT WTR telah mengadakan mesyuarat khas pembahagian tugas dan taklimat Skim Rondaan Sukarela (SRS), namun amat mendukacitakan kerana sambutan yang diberikan amat tidak menggalakan. Di mana silapnya?

Mesyuarat yang di jadualkan bermula pada pukul 9.00 malam mandapat sambutan dingin walaupun jam ketika itu sudahpun menunjukkan pukul 10.00 malam. Inilah realiti kehidupan masyarakat desa pada zaman yang serba canggih ini. Ingin mendapatkan kesatuan penduduk amatlah sukar. Sebagai setiausaha, saya amat terkilan dengan apa yang berlaku pada malam tadi.

'KOMITMEN'. Itulah perkara paling penting yang harus ada pada semua. Kalau tidak ada benda yang satu ini, segala perancangan akan menjadi sia-sia. Mungkin masyarakat lupa akan besar dan bermaknanya SRS ini demi kemakmuran dan keamanan yang sudah lama hilang di kampung ini.

Kadang-kadang saya rasa sedih juga melihat betapa bertungkus-lumusnya AJK KRT dan beberapa orangpenduduk termasuk anak muda yang begitu teruja untuk melaksanakan SRS ini. Tapi apa yang berlaku semalam menunjukkan majoriti penduduk memandang enteng perkara ini. Ternyata kesedaran diri masih rapuh demi memartabatkan bumi yang tercinta ini apalagi semuanya warga melayu Islam.

Sama-sama kita renungkan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment