Saturday, August 7, 2010

Majlis Kenduri Sambut Ramadhan Al Mubarak






Semalam, 7 ogos 2010 bersamaan 26 Syaaban 1431 H, pihak KRT bersama-sama kariah Masjid As Sopiah Desa KEDA Wang Tok Rendong telah mengadakan majlis kenduri dan ceramah agama sempena manyambut kedatangan bulan ramadhan al mubarak 1431 H pada hari rabu ini. Majlis yang bermula seawal pagi di sertai oleh semua penduduk kampung.

Menu pada hari ini ialah nasi putih, kurma kambing, darca kambing, kari ikan, ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Persiapan untuk kenduri ini telah di adakan secara bergotong-royong termasuk penyembelihan kambing, memasak, persiapan tempat dan sebagainya.

Majlis makan bermula jam 6.30 petang sehinggalah majlis bersurai manakala ceramah agama telah di adakan selepas solat fardu maghrib.

Majlis berakhir jam 11.00 malam.

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Bacaan Yassin Perdana





Bertempat di Masjid As-Sopiah Desa KEDA WTR Langkawi, Kedah pada hari ahad 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431 H yang lepas satu majlis bacaan yassin dan solat hajat perdana telah di adakan. Majlis ini melibatkan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Majlis di hadiri oleh semua guru dan murid tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Majlis ini merupakan majlis tahunan SK Seri Lagenda.

Penduduk kampung juga di jemput beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ini. Semoga dengan kelancaran majlis ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka di dalam peperiksaan ini.

Majlis yang bermula pada pukul 7.00 malam di mulakan dengan jamuan makan malam. Kemudian solat maghrib berjamaah, bacaan yassin, solat isya dan solat sunat hajat.

Majlis berakhir jam 10.00 malam.

Friday, July 16, 2010

LAWATAN RAMAH MESRA KRT WANG TOK RENDONG 2010


Pada 12 hingga 15 julai baru-baru ini pihak KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong Langkawi telah mengadakan program lawatan ramah mesra 1Malaysia ke beberapa KRT di sekitar Kedah,Pahang,Kuala Lumpur dan Perlis. Program empat hari ini telah menggabungkan penduduk Desa KEDA Wang Tok Rendong dan Desa KEDA Teluk Berembang Langkawi. Seramai 80 orang peserta rombongan dari segenap lapisan telah mengikuti rombongan ini.

Sorotan Perjalanan:

Hari Pertama (12 Julai 2010,Isnin)

Bas mula bertolak dari Desa KEDA Wang Tok Rendong pada jam 7.30 pagi. Kemudian menaiki feri ke jeti Kuala Perlis pada jam 8.30 pagi. Meneruskan perjalanan ke Desa KEDA Naga Lilit, Kulim Kedah. Tiba di sana pada jam 1.00 tengahari. Selepas makan dan solat zohor, majlis taklimat khas dengan pengerusi KRT Desa KEDA Naga Lilit dan juga wakil dari Pejabat KEDA Zon 6 Kulim-Bandar Bahru, Kedah. Pada jam 4.30 petang meneruskan perjalanan ke Pahang. Beemalam di atas bas.

Hari Kedua (13 Julai 2010,Selasa)

Tiba di Pejabat FELCRA Kuantan Pahang pada jam 11.00 pagi. Selesai majlis taklimat dari pihak FELCRA majlis di teruskan dengan jamuan makan tengahari. Kemudian pihak rombongan di beri kebenaran melawat sekitar pejabat FELCRA.

Sebelah petang, meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Sebaik mendaftar masuk ke Homestay Pekan Pahang, pihak rombongan meneruskan perjalanan ke KRT Taman Permata, Pekan Pahang. Kami tiba pada jam 4.30 petang dan dihidangkan dengan jamuan petang. selepas itu, acara diteruskan dengan pertandingan bola jaring di antara KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong Langkawi dengan KRT Taman Permata,Pekan Pahang. Kemenangan berpihak kepada tuan rumah dengan keputusan 11-7.

Majlis pada sebelah malam di mulakan pada jam 9.00 malam. selesai majlis ucapan dan taklimat dari KRT taman Permata dan Pegawai Perpaduan Daerah Pekan, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. Semestinya ikan patin masak tempoyak menjadi juadah wajib pada malam itu.Terima kasih warga KRT Taman Permata. Majlis diteruskan dengan pertandingan Futsal di antara pihak tetamu dan tuan rumah yang berakhir dengan kemenangan berpihak tuan rumah 4-2.

Hari Ketiga (14 Julai 2010,Rabu)

Perjalanan diteruskan pada jam 10.30 pagi menuju ke Kuala Lumpur. Setibanya di Jalan Masjid India pada jam 2.30 petang. bas menurunkan kami di sana selama 4 jam untuk membeli belah. pada jam 6.30 petang destinasi seterusnya ialah KRT Kg Pasir Baru, Kuala Lumpur. Kami tiba di sana pada jam 8.00 malam. Selesai acara rasmi, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. Kami bertolak pulang ke utara tanah air pada jam 10.30 malam dari KRT Kg Pasir baru.

Hari Keempat (15 Julai 2010,Khamis)

Kami tiba di ladang Anggur negeri Perlis pada jam 9.00 pagi. malangnya rombongan kami tidak dibenarkan melawat Ladang Anggur. Kami meneruskan perjalanan ke Pejabat Pertanian Perlis. Sambutan yang diberikan agak dingin. Namun walau bagaimana pun, kami diberi peluang melawat ladang anggur demonstasi. Perjalanan diteruskan menuju ke Kangar untuk membeli belah. Tepat jam 12.00 tengahari kami meneruskan perjalanan ke KRT Wang Besar,Perlis. Layanan yang diberi amat di luar dugaan. Ternyata warga KRT Wang Besar begitu ramah dan mesra menyambut kedangan kami. Sungguh terharu rasa di hati. Juadah makan tengahari yang begitu melazatkan. Terima kasih warga KRT Wang Besar Perlis.

Kami bertolak pulang ke Langkawi pada jam 2.00 petang.

Sunday, June 27, 2010

Rombongan KRT Che Lijah,Terengganu






Alhamdulillah. seperti di rancang akhirnya pada 26 JUN 2010, KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong,langkawi telah menerima kunjungan ramah mesra dari KRT Che Lijah,Terengganu. Acara sambutan telah di adakan di perkarangan masjid As-Sopiah WTR bermula jam 9.15 malam. Pengerusi majlis En Che Ros bin Saad bertindak sebagai perantara pada malam itu.Acara di mulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam masjid AS-Sopiah WTR.Di susulidengan ucapan aluan Pengerusi KRT WTR, En Ahmad bin Hassan. Antara intipati ucapan beliau ialah ucapan terima kasih dan rasa terharu yang tidak terhingga buat KRT Che Lijah di atas layanan yang amat sempurna ketika KRT WTR mengadakan lawatan ke sana pada tahun 2008 yang lalu. Majlis di teruskan dengan ucapan oleh Timbalan Pengerusi KRT Daerah langkawi. Pengerusi KRT Che Lijah juga tidak melepaskan peluang memberi sepatah dua dalam ucapan loghat "Terengganu" beliau. Akhir sekali pengerusi SRS KRT Wang Tok Rendong, En Mohd Yusof bin Bahari, memberi sedikit taklimat ringkas tentang perlaksanaan SRS di kampung ini.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. masakan kampung utara benar-benar menarik perhatian dan membuka selera para rombongan. satu perkara yang tidak dapat di lupakan ialah ulam-ulaman. apa tidaknya, rombongan Che Lijah siap ambil bekal lagi ulam-ulaman yang tidak pernah di temui sebelum ini. begitulah meriahnya perpaduan 1Malaysia. Akhirnya sang penyu bertemu sang helang di bumi Langkawi.

Sebelum pulang, pihak KRT Che Lijah sempat melawat pondok kawalan SRS.

Di kesempatan ini saya mewakili semua jawatankuasa KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Desa KEDA WTR di atas sumbangan yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan lawatan ramah mesra ini.

Wednesday, June 23, 2010

Mesyuarat KRT WTR Kali ke 2

Mesyuarat KRT Wang Tok Rendong kali ke 2 bagi sesi 2010/2011 telah diadakan di Pondok Kawalan SRS KRT Wang Tok Rendong Langkawi,Kedah. Semua ahli jawatankuasa KRT telah hadir bagi membincangkan beberapa agenda pada kali ini.

Majlis di mulakan dengan ucapan aluan Pengerusi KRT Wang Tok Rendong,Langkawi. Selesai mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, tuan pengerusi terus membincangkan agenda mesyuarat pada kali ini. Empat agenda yang dibincangkan ialah:

1) Kunjungan KRT Che Lijah dari Terengganu pada 26 Jun 2010.
2) Kelangsungan Skim Rondaan Sukarela setelah dua bulan beroperasi
3) Rombongan KRT Wang Tok Rendong ke Pahang pada 12 hingga 15 Julai 2010.
4) Perbincangan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh KRT WTR bagi sesi 2010/11.

Mesyuarat pada kali ini ditangguhkan pada pukul 11.30 mlm.

Wednesday, June 2, 2010

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Alhamdulillah...setelah sekian lama tertangguh, akhirnya SRS kembali semula beroperasi di Desa ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak. moleklah sekiranya saya mewakili semua jawatan kuasa KRT Wang Tok Rendong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk, penduduk kampung, KRT Daerah langkawi dan pihak-pihak berkuasa daerah kerana menyokong penuh usaha murni ini.

Program SRS telah dengan rasminya mula beroperasi pada 23 Mei 2010 bermula jam 11.00 malam sehingga 6.00 pagi. Pada peringkat awal ini, setiap sesi di anggotai seramai tujuh orang ahli SRS termasuk lelaki dan wanita.

Ternyata memang di luar jangkaan apabila program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap warga desa WTR termasuklah anak-anak muda dan juga remaja sekolah. Namun seperti yang di syaratkan, remaja sekolah di bawah umur 18 tahun tidak di benarkan menganggotai SRS. Namun semangat mereka ini benar-benar mencetus fenomena yang luar biasa.

Insyaallah, kita semua mendoakan agar program ini akan berjalan dengan lancar dan terus mendapat sokongan semua pihak.

Saturday, May 8, 2010

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia

Semalam 8 Mei 2010, pihak KRT WTR telah mengadakan mesyuarat khas pembahagian tugas dan taklimat Skim Rondaan Sukarela (SRS), namun amat mendukacitakan kerana sambutan yang diberikan amat tidak menggalakan. Di mana silapnya?

Mesyuarat yang di jadualkan bermula pada pukul 9.00 malam mandapat sambutan dingin walaupun jam ketika itu sudahpun menunjukkan pukul 10.00 malam. Inilah realiti kehidupan masyarakat desa pada zaman yang serba canggih ini. Ingin mendapatkan kesatuan penduduk amatlah sukar. Sebagai setiausaha, saya amat terkilan dengan apa yang berlaku pada malam tadi.

'KOMITMEN'. Itulah perkara paling penting yang harus ada pada semua. Kalau tidak ada benda yang satu ini, segala perancangan akan menjadi sia-sia. Mungkin masyarakat lupa akan besar dan bermaknanya SRS ini demi kemakmuran dan keamanan yang sudah lama hilang di kampung ini.

Kadang-kadang saya rasa sedih juga melihat betapa bertungkus-lumusnya AJK KRT dan beberapa orangpenduduk termasuk anak muda yang begitu teruja untuk melaksanakan SRS ini. Tapi apa yang berlaku semalam menunjukkan majoriti penduduk memandang enteng perkara ini. Ternyata kesedaran diri masih rapuh demi memartabatkan bumi yang tercinta ini apalagi semuanya warga melayu Islam.

Sama-sama kita renungkan.

Wassalam.

Friday, May 7, 2010

KEM ANAK BESTARI WTR MAC 2010.wmv

KEM ANAK BESTARI WTR MAC 2010

Tanggal 18,19 dan 20 Mac 2010 yang lalu, pihak KRT WTR telah berkerjasama dengan pihak kariah mengadakan program motivasi untuk anak-anak kariah dari umur 10 hingga 14 tahun. Program selama tiga hari ini telah di adakan di perkarangan Masjid As-Sopiah Desa KEDA WTR. Program yang diberi nama 'KEM ANAK BESTARI WTR MAC 2010' telah mendapat sambutan yang menggalakan dari semua pihak terutama para waris. Program ini pada dasarnya memfokuskan hanya kepada anak-anak kariah WTR, namun atas permintaan ramai sebanyak 20% kuota telah di buka kepada peserta-peserta dari kampung lain.

Adalah menjadi harapan pihak kami untuk mengadakan program ini di luar kampung. namun kerana tiada peruntukan segala harapan itu hanya tinggal harapan.

Program pada kali ini telah di tutup secara rasminya oleh Pegawai Agama Daerah Langkawi. Semua peserta di beri sijil penyertaan sebagai kenangan penghargaan dari pihak kami.

Insyaallah, jika tiada aral melintang, 'KEM ANAK BESTARI DAN KEM INOVASI REMAJA' bakal menyusul pada cuti sekolah bulan JUN nanti... sama-sama kita doakan..

wassalam....

Saturday, April 10, 2010

Kunjungan dari KRT Kota Belud, Sabah



salam perkenalan..salam 1 Malaysia...

Semalam 20 April 2010, KRT Wang Tok Rendong Langkawi,Kedah telah menerima kunjungan dari enam kawasan KRT Daerah Kota Belud Sabah... Majlis ramah mesra telah di hadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Langkawi, Timbalan Pengerusi KRT Daerah Langkawi, Majlis Tertinggi dan Exco KRT Wang Tok Rendong Langkawi dan juga penduduk kampung Desa KEDA WTR Langkawi..

Majlis di ramikan olah Timbalan Pengerusi KRT Daerah Langkawi dan juga ucapan khas dari wakil KRT Daerah Kota Belud,Sabah.

Para kunjungan di hidangkan dengan juadah makan malam selera kampung seperti gulai udang, ikan kembung goreng, sambal belacan dan beraneka jenis ulaman. Majlis malam ini juga di serikan dengan tarian 1Malaysia oleh anak-anak kampung Desa KEDA Wang TOk Rendong Langkawi. Pihak KRT Kota Belud juga tidak ketinggalan mempersembahkan tarian sumazau dan alunan muzik tradisional dari buluh.

Majlis berakhir tepat jam 12.00 malam. Sebelum berpisah kedua-dua pihak iaitu pihak KRT Wang Tok Rendong telah menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada semua wakil enam KRT Daerah Kota Belud. Majlis di akhiri dengan sesi bergambar dan salam perpisahan.....

sekian