Sunday, June 27, 2010

Rombongan KRT Che Lijah,Terengganu






Alhamdulillah. seperti di rancang akhirnya pada 26 JUN 2010, KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong,langkawi telah menerima kunjungan ramah mesra dari KRT Che Lijah,Terengganu. Acara sambutan telah di adakan di perkarangan masjid As-Sopiah WTR bermula jam 9.15 malam. Pengerusi majlis En Che Ros bin Saad bertindak sebagai perantara pada malam itu.Acara di mulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam masjid AS-Sopiah WTR.Di susulidengan ucapan aluan Pengerusi KRT WTR, En Ahmad bin Hassan. Antara intipati ucapan beliau ialah ucapan terima kasih dan rasa terharu yang tidak terhingga buat KRT Che Lijah di atas layanan yang amat sempurna ketika KRT WTR mengadakan lawatan ke sana pada tahun 2008 yang lalu. Majlis di teruskan dengan ucapan oleh Timbalan Pengerusi KRT Daerah langkawi. Pengerusi KRT Che Lijah juga tidak melepaskan peluang memberi sepatah dua dalam ucapan loghat "Terengganu" beliau. Akhir sekali pengerusi SRS KRT Wang Tok Rendong, En Mohd Yusof bin Bahari, memberi sedikit taklimat ringkas tentang perlaksanaan SRS di kampung ini.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. masakan kampung utara benar-benar menarik perhatian dan membuka selera para rombongan. satu perkara yang tidak dapat di lupakan ialah ulam-ulaman. apa tidaknya, rombongan Che Lijah siap ambil bekal lagi ulam-ulaman yang tidak pernah di temui sebelum ini. begitulah meriahnya perpaduan 1Malaysia. Akhirnya sang penyu bertemu sang helang di bumi Langkawi.

Sebelum pulang, pihak KRT Che Lijah sempat melawat pondok kawalan SRS.

Di kesempatan ini saya mewakili semua jawatankuasa KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Desa KEDA WTR di atas sumbangan yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan lawatan ramah mesra ini.

Wednesday, June 23, 2010

Mesyuarat KRT WTR Kali ke 2

Mesyuarat KRT Wang Tok Rendong kali ke 2 bagi sesi 2010/2011 telah diadakan di Pondok Kawalan SRS KRT Wang Tok Rendong Langkawi,Kedah. Semua ahli jawatankuasa KRT telah hadir bagi membincangkan beberapa agenda pada kali ini.

Majlis di mulakan dengan ucapan aluan Pengerusi KRT Wang Tok Rendong,Langkawi. Selesai mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, tuan pengerusi terus membincangkan agenda mesyuarat pada kali ini. Empat agenda yang dibincangkan ialah:

1) Kunjungan KRT Che Lijah dari Terengganu pada 26 Jun 2010.
2) Kelangsungan Skim Rondaan Sukarela setelah dua bulan beroperasi
3) Rombongan KRT Wang Tok Rendong ke Pahang pada 12 hingga 15 Julai 2010.
4) Perbincangan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh KRT WTR bagi sesi 2010/11.

Mesyuarat pada kali ini ditangguhkan pada pukul 11.30 mlm.

Wednesday, June 2, 2010

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Alhamdulillah...setelah sekian lama tertangguh, akhirnya SRS kembali semula beroperasi di Desa ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak. moleklah sekiranya saya mewakili semua jawatan kuasa KRT Wang Tok Rendong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk, penduduk kampung, KRT Daerah langkawi dan pihak-pihak berkuasa daerah kerana menyokong penuh usaha murni ini.

Program SRS telah dengan rasminya mula beroperasi pada 23 Mei 2010 bermula jam 11.00 malam sehingga 6.00 pagi. Pada peringkat awal ini, setiap sesi di anggotai seramai tujuh orang ahli SRS termasuk lelaki dan wanita.

Ternyata memang di luar jangkaan apabila program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap warga desa WTR termasuklah anak-anak muda dan juga remaja sekolah. Namun seperti yang di syaratkan, remaja sekolah di bawah umur 18 tahun tidak di benarkan menganggotai SRS. Namun semangat mereka ini benar-benar mencetus fenomena yang luar biasa.

Insyaallah, kita semua mendoakan agar program ini akan berjalan dengan lancar dan terus mendapat sokongan semua pihak.