Saturday, August 7, 2010

Majlis Kenduri Sambut Ramadhan Al Mubarak






Semalam, 7 ogos 2010 bersamaan 26 Syaaban 1431 H, pihak KRT bersama-sama kariah Masjid As Sopiah Desa KEDA Wang Tok Rendong telah mengadakan majlis kenduri dan ceramah agama sempena manyambut kedatangan bulan ramadhan al mubarak 1431 H pada hari rabu ini. Majlis yang bermula seawal pagi di sertai oleh semua penduduk kampung.

Menu pada hari ini ialah nasi putih, kurma kambing, darca kambing, kari ikan, ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Persiapan untuk kenduri ini telah di adakan secara bergotong-royong termasuk penyembelihan kambing, memasak, persiapan tempat dan sebagainya.

Majlis makan bermula jam 6.30 petang sehinggalah majlis bersurai manakala ceramah agama telah di adakan selepas solat fardu maghrib.

Majlis berakhir jam 11.00 malam.

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Bacaan Yassin Perdana





Bertempat di Masjid As-Sopiah Desa KEDA WTR Langkawi, Kedah pada hari ahad 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431 H yang lepas satu majlis bacaan yassin dan solat hajat perdana telah di adakan. Majlis ini melibatkan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Majlis di hadiri oleh semua guru dan murid tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Majlis ini merupakan majlis tahunan SK Seri Lagenda.

Penduduk kampung juga di jemput beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ini. Semoga dengan kelancaran majlis ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka di dalam peperiksaan ini.

Majlis yang bermula pada pukul 7.00 malam di mulakan dengan jamuan makan malam. Kemudian solat maghrib berjamaah, bacaan yassin, solat isya dan solat sunat hajat.

Majlis berakhir jam 10.00 malam.

Friday, July 16, 2010

LAWATAN RAMAH MESRA KRT WANG TOK RENDONG 2010


Pada 12 hingga 15 julai baru-baru ini pihak KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong Langkawi telah mengadakan program lawatan ramah mesra 1Malaysia ke beberapa KRT di sekitar Kedah,Pahang,Kuala Lumpur dan Perlis. Program empat hari ini telah menggabungkan penduduk Desa KEDA Wang Tok Rendong dan Desa KEDA Teluk Berembang Langkawi. Seramai 80 orang peserta rombongan dari segenap lapisan telah mengikuti rombongan ini.

Sorotan Perjalanan:

Hari Pertama (12 Julai 2010,Isnin)

Bas mula bertolak dari Desa KEDA Wang Tok Rendong pada jam 7.30 pagi. Kemudian menaiki feri ke jeti Kuala Perlis pada jam 8.30 pagi. Meneruskan perjalanan ke Desa KEDA Naga Lilit, Kulim Kedah. Tiba di sana pada jam 1.00 tengahari. Selepas makan dan solat zohor, majlis taklimat khas dengan pengerusi KRT Desa KEDA Naga Lilit dan juga wakil dari Pejabat KEDA Zon 6 Kulim-Bandar Bahru, Kedah. Pada jam 4.30 petang meneruskan perjalanan ke Pahang. Beemalam di atas bas.

Hari Kedua (13 Julai 2010,Selasa)

Tiba di Pejabat FELCRA Kuantan Pahang pada jam 11.00 pagi. Selesai majlis taklimat dari pihak FELCRA majlis di teruskan dengan jamuan makan tengahari. Kemudian pihak rombongan di beri kebenaran melawat sekitar pejabat FELCRA.

Sebelah petang, meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Sebaik mendaftar masuk ke Homestay Pekan Pahang, pihak rombongan meneruskan perjalanan ke KRT Taman Permata, Pekan Pahang. Kami tiba pada jam 4.30 petang dan dihidangkan dengan jamuan petang. selepas itu, acara diteruskan dengan pertandingan bola jaring di antara KRT Desa KEDA Wang Tok Rendong Langkawi dengan KRT Taman Permata,Pekan Pahang. Kemenangan berpihak kepada tuan rumah dengan keputusan 11-7.

Majlis pada sebelah malam di mulakan pada jam 9.00 malam. selesai majlis ucapan dan taklimat dari KRT taman Permata dan Pegawai Perpaduan Daerah Pekan, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. Semestinya ikan patin masak tempoyak menjadi juadah wajib pada malam itu.Terima kasih warga KRT Taman Permata. Majlis diteruskan dengan pertandingan Futsal di antara pihak tetamu dan tuan rumah yang berakhir dengan kemenangan berpihak tuan rumah 4-2.

Hari Ketiga (14 Julai 2010,Rabu)

Perjalanan diteruskan pada jam 10.30 pagi menuju ke Kuala Lumpur. Setibanya di Jalan Masjid India pada jam 2.30 petang. bas menurunkan kami di sana selama 4 jam untuk membeli belah. pada jam 6.30 petang destinasi seterusnya ialah KRT Kg Pasir Baru, Kuala Lumpur. Kami tiba di sana pada jam 8.00 malam. Selesai acara rasmi, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. Kami bertolak pulang ke utara tanah air pada jam 10.30 malam dari KRT Kg Pasir baru.

Hari Keempat (15 Julai 2010,Khamis)

Kami tiba di ladang Anggur negeri Perlis pada jam 9.00 pagi. malangnya rombongan kami tidak dibenarkan melawat Ladang Anggur. Kami meneruskan perjalanan ke Pejabat Pertanian Perlis. Sambutan yang diberikan agak dingin. Namun walau bagaimana pun, kami diberi peluang melawat ladang anggur demonstasi. Perjalanan diteruskan menuju ke Kangar untuk membeli belah. Tepat jam 12.00 tengahari kami meneruskan perjalanan ke KRT Wang Besar,Perlis. Layanan yang diberi amat di luar dugaan. Ternyata warga KRT Wang Besar begitu ramah dan mesra menyambut kedangan kami. Sungguh terharu rasa di hati. Juadah makan tengahari yang begitu melazatkan. Terima kasih warga KRT Wang Besar Perlis.

Kami bertolak pulang ke Langkawi pada jam 2.00 petang.